Badan Bertindak Mahasiswa Negara

Kebangkitan Mahasiswa Memimpin Perubahan

  • Subscribe

  • BBMN

    Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) ditubuhkan pada tahun 1986 idea daripada Prof. Dr Zulkifli Yaakob. Sejak penubuhannya, BBMN menjadi medan perhimpunan YDP MPP universiti diseluruh negara. Kini walaupun kampus-kampus dimanipulasi oleh puak aspirasi, namun begitu BBMN terus bergerak dimana ianya menjadi medan berkumpulnya ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa yang mewakili Pro-Mahasiswa di seluruh negara.

Shuttle Bas Percuma dan Kenaikan Harga Minyak

Posted by bbmn on June 15, 2008

Sudah ramai rakan-rakan bloggers yang memberi respon tentang isu-isu mutakhir.Isu kenaikan harga minyak adalah antara isu yang menarik perhatian ramai.

Namun,saya ingin mengingatkan rakan-rakan blogger agar tidak menulis semberono atau sambil lewa.Moleklah jika dibuat homework dahulu agar kupasan kita tentang sesuatu isu itu tepat dan substantif.Misalnya item perbandingan harga minyak di antara negara-negara.Ia tidak boleh dibuat secara tangkap muat.Misalnya, membandingkan harga minyak Malaysia dengan harga minyak Singapura adalah tidak tepat kerana negara itu tidak mengeluarkan minyak.

Begitu juga dalam soal penentuan matawang untuk perbandingan.Matawang dipengaruhi oleh kekukuhan/ketidak-kukuhan matawang sesebuah negara berbanding negara-negara lain.Banyak perkara yang perlu diambilkira sebelum membuat analisis.

Berkenaan kesan kenaikan harga minyak terhadap mahasiswa, saya masih teruja menantikan keputusan KPT dalam soal ‘Kad Diskaun’.Ia adalah satu cadangan yang sangat baik.Saya berharap agar item yang akan dilibatkan dalam senarai ‘barang-barang boleh di’discount’kan nanti adalah relevan dan bersifat kegunaan mustahak.Misalnya minyak petrol,buku-buku rujukan dan makanan.

Selain itu, pengurusan HEPA UM juga tampil dengan satu lagi idea menarik dan bagus.Bas (Shuttle bus) PERCUMA untuk mahasiswa kampus.Saya ucapkan jutaan terima kasih atas kecaknaan pihak HEPA khususnya dalam mengurangkan bebanan kewangan mahasiswa.Keputusan ini amatlah tepat pada masanya.

Selain itu,saya cadangkan agar semua kafe-kafe di dalam kampus diberikan subsidi agar mereka mampu mengenakan kadar harga yang berpatutan kepada mahasiswa.Caj makanan di kafe-kafe dalam kampus sepatutnya lebih rendah dan berpatutan buat mahasiswa.Misalnya harga makanan di kafe kolej 12.Pentadbiran kolej atau fakulti boleh mengenakan sewa yang rendah kepada pengusaha kantin/kafe dengan syarat harga makanan di kafe mereka adalah lebih rendah daripada harga luar kampus.

Cadangan-cadangan ini boleh dilaksanakan. cuma bagi saya caj sticker kenderaan RM10 kepada semua mahasiswa yang mendaftarkan kenderaan mereka di kampus adalah kurang sesuai.Memanglah amaunnya rendah tetapi caj itu tidak membawa apa-apa erti yang signifikan terhadap kebajikan mahasiswa yang berkenderaan.Saya tidak pasti apa pandangan teman-teman bloggers yang lain.

Untuk makluman rakan-rakan bloggers,saya berkesempatan mengadakan sedikit tinjauan ringkas berkaitan isu ini di kalangan mahasiswa.Saya menggunakan soal selidik dengan persampelan berstrata kerana ia paling sesuai untuk latarbelakang responden yang variatif.Latarbelakang kursus pengajian,jantina dan status penerima pinjaman/biasiswa dan lain-lain aspek adalah seimbang.

Daripada 50 sampel yang diuji,94 peratus daripadanya tidak setuju dengan kenaikan harga minyak.Hanya 2 peratus yang bersetuju dan 4 peratus tidak pasti.Jumlah yang dominan ini menunjukkan bahawa mahasiswa hampir sepakat tidak bersetuju dengan langkah kerajaan ini.

Selain itu,ada beberapa cadangan dan harapan yang dikemukan oleh responden.17 responden mencadangkan agar kerajaan pusat yang memerintah ditukar,12 responden pula mencadangkan agar rakyat turun berdemonstrasi dan 11 responden mencadangkan agar kerajaan kaji semula kenaikan harga minyak.

Selain itu ada juga yang mencadangkan agar mahasiswa berniaga/berkerja,mahasiswa ubah gaya hidup,KPT menaikkan kadar pinjaman atau biasiswa dan rebat diberikan kepada mahasiswa yang berkenderaan.

Untuk makluman pembaca,responden yang diuji adalah terdiri daripada mahasiswa pelbagai anutan ideologi politik kampus.Mahasiswa Aspirasi,Pro Mahasiswa dan Bebas diadunkan secara seimbang.

Tinjauan ini adalah sekadar untuk meninjau pandangan rakan-rakan mahasiswa rentetan isu kenaikan harga minyak yang hangat diperdebatkan hari ini.Ia tidak mewakili pandangan penulis.

Apa pula pandangan anda?

Advertisements

One Response to “Shuttle Bas Percuma dan Kenaikan Harga Minyak”

  1. bbmn said

    Minyak oh minyak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: