Badan Bertindak Mahasiswa Negara

Kebangkitan Mahasiswa Memimpin Perubahan

  • Subscribe

  • BBMN

    Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) ditubuhkan pada tahun 1986 idea daripada Prof. Dr Zulkifli Yaakob. Sejak penubuhannya, BBMN menjadi medan perhimpunan YDP MPP universiti diseluruh negara. Kini walaupun kampus-kampus dimanipulasi oleh puak aspirasi, namun begitu BBMN terus bergerak dimana ianya menjadi medan berkumpulnya ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa yang mewakili Pro-Mahasiswa di seluruh negara.

BBMN Meminta Kementerian Pengajian Tinggi Kaji Semula Keputusan Membenarkan Starbucks beroperasi di IPTA

Posted by bbmn on June 28, 2008

Kementerian Pengajian Tinggi kelmarin memberikan kebenaran kepada kafe francais seperti Starbucks,kopitiam dan Dunkin Donuts untuk beroperasi di pusat-pusat tumpuan pelajar di institut-institut pengajian tinggi awam (IPTA) diseluruh negara. Di antara kelebihan yang diperolehi oleh institut-institut pengajian tinggi awam apabila Naib Canselor memberikan kelulusan kepada kemasukan kafe-kafe francais tersebut adalah disebabkan mereka diwajibkan menyediakan perkhidmatan jalur lebar Wi-Fi di pusat-pusat tumpuan pelajar. ( Utusan Malaysia 26 Jun 2008 )

Selaku mahasiswa, kami melihat tindakan ini sebagai satu tindakan yang sihat untuk memberikan perkhidmatan kemudahan mencari maklumat kepada pelajar. Selain itu, mahasiswa memang amat memerlukan satu pusat tumpuan untuk berkongsi pendapat dan idea selain berjumpa dengan rakan-rakan baru dari disiplin-disiplin yang berbeza. Mesyuarat-mesyuarat juga dapat dilakukan dengan lebih efisyen dengan kehadiran gedung maklumat yang boleh dimanipulasi di hujung jari…

Tetapi, apabila ianya melibatkan kafe-kafe francais yang mengenakan harga yang tinggi, saya risau akan kebajikan mahasiswa itu sendiri. Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron beliau juga menyarankan agar kafe-kafe tersebut memberikan subsidi kepada pelajar kerana harga makanan dan minuman di kafe-kafe francais tersebut agak mahal.

Dan menurut beliau lagi, kafe-kafe tersebut perlu diletakkan di dalam IPTA kerana ada sebilangan mahasiswa sanggup untuk keluar ke bandar untuk ke kafe Starbucks sambil melakukan tugasan mereka.

Namun begitu, kita perlu melihat isu ini daripada beberapa aspek:-

Perkhidmatan Wi-Fi

Pendekatan untuk membawa perkhidmatan Wi-Fi ke dalam IPTA adalah satu tindakan yang baik dari pihak kementerian. Perkhidmatan ini akan memberikan kemudahan kepada pelajar untuk mendapat maklumat dengan kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat dan secara langsung membantu pelajar dalam proses pembelajaran mereka.

Namun begitu, adakah kita hanya mempunyai satu cara sahaja untuk membawa masuk perkhidmatan Wi-FI ke dalam IPTA? Pada pendapat kami, pihak kementerian harus bekerjasama dengan IPTA untuk mewujudkan sistem Wi-Fi di IPTA yang akan dikendalikan sendiri oleh pihak IPTA. Dengan ini, semua pelajar akan dapat menggunakan sistem Wi-Fi di kampus tanpa perlu ke kafe-kafe yang hanya terletak di kawasan tertentu di kampus.

Kenaikan Kos Sara Hidup

Dengan kenaikan harga minyak, barang-barang keperluan harian, dan beras baru-baru ini, kos sara hidup bagi pelajar akan turut naik. Kini, pelajar perlu berbelanja lebih untuk menampung kehidupannnya sebagai pelajar. Oleh itu, adakah relevan untuk membawa masuk kafe-kafe francais ke dalam IPTA? Adakah kemasukan kafe-kafe ini akan memberikan keuntungan bagi pihak kafe dan juga pelajar? Seperti yang sedia maklum, dengan kenaikan harga barangan, pelajar lebih cenderung untuk berjimat daripada berbelanja secara berlebihan, manakala harga makanan dan minuman di kafe-kafe francais adalah mahal.

Gaya hidup

Sungguhpun ada usaha-usaha untuk memberikan subsidi dan memberikan kemudahan yang berkualiti kepada para penuntut universiti, saya melihat kafe-kafe ini bukan hanya sekadar penyelesai masalah untuk kemudahan internet di pusat tumpuan pelajar. Ini kerana, kafe-kafe tersbut bukan sekadar menyediakan makanan, minuman dan perkhidmatan Wi-Fi, malah turut menyediakan ‘gaya hidup’ yang kurang sesuai dengan mahasiswa.

Makanan dan minuman yang mahal contohnya akan membebankan mahasiswa apabila keluar bergraduasi daripada insitut-institut pengajian tinggi masing-masing. Lantaran ‘trend’ mereka semasa di kampus bermesyuarat dan berbincang di dalam kafe-kafe francais ini, tidak mustahil mereka akan melakukan amalan yang sama apabila keluar nanti.

Selain itu, perbincangan di kafe-kafe francais ini tentunya melibatkan ‘kafein’ daripada kafe terbabit. Mahasiswa mungkin tidak merasa kesannya pada jangka tempoh yang terdekat, tetapi apabila berlaku kelebihan dos kafein, ianya mungkin akan menimbulkan masalah di masa hadapan, contohnya masalah jantung dan ulser.

Saranan

Idea untuk mewujudkan pusat tumpuan yang dilengkapi kemudahan Wi-Fi adalah amat baik, kerana di situlah mahasiswa boleh berinteraksi dan berkongsi idea. Kalau mungkin sebelum ini mereka hanya berjumpa di balik ‘chat room’ dan ‘messenger’, kini mereka boleh bersemuka dan berbincang dengan lebih efektif. Sungguhpun demikian, ada masalah dan halangan yang mungkin timbul sekiranya kafe-kafe francais ini di bawa masuk ke universiti untuk merealisasikan idea ini.

Kami daripada Badan Bertindak Mahasiswa Negara, BBMN mengharapkan agar pihak Kementerian Pengajian Tinggi untuk membuat pertimbangan semula kepada keputusan yag telah dibuat. Kemudahan untuk melayari internet adalah amat penting dalam kehidupan seharian penuntut di universiti, tetapi, masih ada banyak cara lain untuk menyediakan kemudahan tersebut untuk mahasiswa. Membenarkan kafe-kafe tersebut beroperasi dalam IPTA akan membebankan mahasiswa dari segi kos dan juga aspek kesihatan.

Harga minyak yang naik baru-baru ini juga menyebabkan saya melihat perkara ini sebagai tidak bersesuaian dengan mahasiswa untuk menyesuaikan diri dan merencana ‘pelan simpanan wang’ masing-masing.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: