Badan Bertindak Mahasiswa Negara

Kebangkitan Mahasiswa Memimpin Perubahan

  • Subscribe

  • BBMN

    Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) ditubuhkan pada tahun 1986 idea daripada Prof. Dr Zulkifli Yaakob. Sejak penubuhannya, BBMN menjadi medan perhimpunan YDP MPP universiti diseluruh negara. Kini walaupun kampus-kampus dimanipulasi oleh puak aspirasi, namun begitu BBMN terus bergerak dimana ianya menjadi medan berkumpulnya ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa yang mewakili Pro-Mahasiswa di seluruh negara.

Archive for August 1st, 2008

SEJAUH MANA PINDAAN AUKU MEMBERI MANFAAT KEPADA MAHASISWA DAN MASYARAKAT MALAYSIA

Posted by bbmn on August 1, 2008

AUKU

Sejak belakangan ini, terdapat banyak pihak yang membicara tentang Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). Beberapa minggu yang lalu, saya terbaca sebuah artikel yang ditulis oleh Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang,

pindaan AUKU 2

Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Teknologi Malaysia di ruangan rencana Berita Harian yang bertajuk ‘Pindaan AUKU mampu lonjak standard pelajar IPT tempatan‘. Antara beberapa isi yang ditulis oleh beliau adalah, Tujuan pindaan AUKU, antara lain, untuk menjadikan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan lebih telus, berdaya maju dan berkembang dengan budaya ilmu yang mantap. Hal ini perlu kerana banyak amalan dan tatacara semasa yang dirangka sejak awal 1970-an tidak begitu relevan untuk pembangunan modal insan pasca abad ke-20, sekali gus membolehkan IPT tempatan bersaing pada peringkat antarabangsa. Sekiranya pembaca ingin membaca mengenai pandangan beliau, sila klik di sini.

khaled nordin dan AUKU
Selepas Menteri Pengajian Tinggi (Datuk Seri Khalid Nordin) merasmikan MPP IPTA 2008, beliau ada mengatakan mengenai pindaan AUKU yang dilakukan. Jemaah kabinet telah pun bersetuju untuk meminda AUKU, namun begitu mahasiswa masih tidak dibenarkan menganggotai atau terbabit dengan mana-mana organisasi atau parti politik, tetapi mereka boleh menganggotai persatuan atau pertubuhan tidak bertunjangkan politik. Klik di sini untuk berita penuh ‘Pemimpin Politik Boleh Masuk IPTA’. Tetapi, adakah mahasiswa masih lagi tidak boleh menyatakan sokongan, bangkangan, simpati atau perkara yang seumpama dengannya seperti mana yang termaktub dalam AUKU (yang belum dipinda) tidak disebut di berita tersebut.

TSKOHPada 28 Julai, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menyatakan pandangannya mengenai AUKU dalam surat khabar The Star. Klik di sini untuk berita penuh . Beliau merasakan golongan ‘mahasiswa’ perlu didefinasikan semula agar hanya golongan tertentu sahaja yang akan terikat dengan AUKU.

Pada 29 Julai, Timbalan Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata sebagai bekas pemimpin mahasiswa, beliau mengalu-alukan pindaan AUKU yang membenarkan pemimpin parti politik mendampingi mahasiswa, tetapi berharap mahasiswa dibenarkan menganggotai parti politik. Klik di sini untuk berita penuh . Beliau merasakan larangan untuk mahasiswa menganggotai politik berlawanan dengan prinsip pilihan raya umum.

Salah seorang Prof Madya daripada USM Pulau Pinang, Prof Madya Mohamad Md Yusoff turut memberikan pandangannnya. Klik di sini untuk berita penuh. Secara ringkasnya, beliau berpendapat bahawa pindaan AUKU ini mampu melonjakkan imej warga IPT tempatan. Beliau juga turut mengatakan bahawa biarlah universiti diperkasakan dengan sifat akauntabiliti, ketelusan, amanah dan sifat integriti yang tinggi nilainya. Inilah asas kecemerlangan universiti kita.

Sehingga kini, itulah di antara beberapa berita yang sempat dibaca oleh saya mengenai AUKU. Pada pandangan saya, pindaan AUKU ini adalah satu perkara yang sangat wajar, dan telah lama ditekankan oleh beberapa golongan mahasiswa antaranya GAMIS dan SMM, sehinggalah ditubuhkan Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA). Terdapat beberapa akta dalam AUKU yang mengekang pergerakan pelajar hingga menyebabkan mereka hanya tertumpu tertumpu aktiviti dalam kampus sahaja.

Maka, persoalannya adalah, sejauh mana pindaan AUKU ini akan memberi manfaat kepada mahasiswa dan juga rakyat Malaysia? Pada hemat saya, jawapan bagi soalan ini bergantung kepada mahasiswa itu sendiri. Samada mereka masih lagi mahu berada di zon mereka pada masa ini, ataupun mereka mahu bangkit, dan menjadi sebuah golongan yang seringkali diperkatakan oleh pemimpin mahasiswa iaitu ‘mahasiswa : agen perubah masyarakat’.

Oleh :
Muhammad Hafiz
Advertisements

Posted in AUKU, Isu Mahasiswa/Kampus | Tagged: | Leave a Comment »