Badan Bertindak Mahasiswa Negara

Kebangkitan Mahasiswa Memimpin Perubahan

  • Subscribe

  • BBMN

    Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) ditubuhkan pada tahun 1986 idea daripada Prof. Dr Zulkifli Yaakob. Sejak penubuhannya, BBMN menjadi medan perhimpunan YDP MPP universiti diseluruh negara. Kini walaupun kampus-kampus dimanipulasi oleh puak aspirasi, namun begitu BBMN terus bergerak dimana ianya menjadi medan berkumpulnya ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa yang mewakili Pro-Mahasiswa di seluruh negara.

Posts Tagged ‘MPM’

Surat terbuka: DISKRIMINASI TERHADAP MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR PRO-MAHASISWA USM

Posted by bbmn on July 1, 2008

Majlis Perwakilan Pelajar USM sidang 2007/2008 telahpun menjangkau 9 bulan hayatnya. Pelbagai program yang hebat dan antarabangsa telah pun dibincangkan dan dirancang penuh berstrategi sejak awal memegang tampuk pemerintahan pelajar. Namun, sehingga kini, tiada satu pun projek tersebut seperti Persidangan Mahasisiwa OIC, Apprentice, road tour untuk memperkenalkan USM ke seluruh Malaysia dan sebagainya yang berjaya tetapi sebaliknya hanya tinggal kenangan. MPPUSM yang diterajui oleh Mohd Shukri Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Che Mat hanyalah sebuah badan yang indah khabar dari rupa. Khabar angin yang mengatakan mereka ‘pak turut’ kepada bahagian Hal Ehwal Pelajar telah dibuktikan sekali lagi di hadapan mata kami barisan pro-Mahasiswa (pro-M) yang diwakili oleh saudara Mohd Azhari, Nur Mastura, Siti Rogayah, Nurul Izzati dan Nor Harizam. Sehingga ke hari ini, setiap portfolio masih tidak mendapat senarai bidang tugas yang sebenar. Walaupun telah diminta beberapa kali, 3 orang NYDP induk memberi alasan tidak pernah dapat duduk bersama untuk membincangkan dan menetapkan tugas setiap portfolio masing-masing kerana terlalu sibuk. Ini merupakan alasan yang tidak dapat diterima sama sekali. Projek-projek yang berjaya dijalankan pun hanyalah projek tradisi yang diberikan oleh pihak HEP untuk membantu menjaga nama MPP seperti Persembahan Amal membantu mangsa banjir , Convex, Minggu Suai Kenal, NRIC, dan Program Jati Diri di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang .
Read the rest of this entry »

Posted in Berita Kampus, Isu Mahasiswa/Kampus | Tagged: , , | 1 Comment »